Tuesday 6 January 2015

6 Januari - Beberapa bulan lepas atau lebih tepat sebelum cuti semester 2 MRSM KUBANG PASU , Badan Wakil Pelajar dengan Kerjasama Muafakan MRSM Kubang Pasu telah menjalan dana kutipan pertukaran Karpet surau dan Fasiliti surau . ( Rujuk Berita Sebelum ini )

Sebentar tadi Badan muafakat MRSM Kubang Pasu melalui laman sosial Facebooknya https://www.facebook.com/MuafakatMrsmKubangPasu telah mengeluarkan satu lagi promosi iaitu DANA PEMBESARAN SURAU MRSM KUBANG PASU .

"Bersama kita berinfaq untuk projek pembesaran Surau Al Ikhlas. Sumbangan boleh disalur terus ke akaun Bank Islam (akaun : 02039010064642)
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” Al-Baqarah, Ayat 261"




Untuk maklumat juga , Akaun Bank Muafakat MRSM Kubang Pasu juga telah dikemas kini dengan no akaun yang baru atas nama " Dana Muafakat MRSM Kubang Pasu ". Akaun tersebut masih mengguna Bank yang sama iaitu Bank Islam 02039010064642

Tagged:

0 comments:

Post a Comment