Monday 29 December 2014

30 Disember - Berikutan banjir teruk yang melandang hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia , Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui menterinya YAB Dato'Seri Muhyidin dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menangguhkan semua sesi pengajian 2015 kepada seminggu lebih lama.



Bagi MRSM KUBANG PASU , Jadual asal pendaftaran yang diedarkan dijadualkan pada 31 Disember 2014 , ditunda kepada 13 Januari 2015 (Selasa) .

"Pn Nik telah maklum dan sahkan baru menerima warta dari Bhg Komunikasi MARA bahawa semua MRSM termasuk Kubang Pasu menerima Pendaftaran pelajar sessi 2015 pada 12-JAN-2015 Isnin. Kelas bermula 13-Jan-15. Setakat saat ini pernyataan ini adalah digunakan. Semoga tiada perubahan luar jangkaan.Hati-hati dijalanraya dan pandu dengan selamat dan berhemah. Sekian. Terima kasih Salam hormat," - Dr Asri Abdul Aziz (YDP MRSM Kubang Pasu)

Daripada keputusan ini , itu bermakna Program tranformasi Pelajar seperti dijadualkan turut ditangguhkan .


"Segala kesulitan waris adalah amat dikesali kerana perubahan tersebut.
Tarikh baru adalah tertakluk pada arahan dari Bhg Pelajaran Menengah MARA. InsyaAllah pihak AJK MUAFAKAT akan maklumkan segera melalui FB MUAFAKAT MRSM KUBANG PASU " - Dr Asri Abdul Aziz (YDP MRSM Kubang Pasu)

Maklumat selanjutnya adalah seperit berikut

Tarikh persekolahan MRSM akan bermula pada hari Selasa 13 Jan 2015.
Pendaftaran pelajar ke maktab/ masuk ke asrama pada Isnin 12 Jan 2015



Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment