Badan Wakil Pelajar ,MRSM KUPA

Selamat Datang , ke Laman Blog BWP_KuPa. Laman perkongsian Info BWP MRSMKP dan Hubungan BWP dengan Pelajar

Pendaftaran DITUNDA

Dari 31 Disember 2014 ditunda kepada 13 Januari 2015

SAHAM AKHIRAT : Dana Untuk Surau

Muafakat MRSM KUBANG PASU dalam usaha mengumpul dana untuk PEMBESARAN SURAU

Ureeka

Laman Perkongsian Gambar Aktiviti BADAN WAKIL PELAJAR

Tuesday 6 January 2015

6 Januari - Beberapa bulan lepas atau lebih tepat sebelum cuti semester 2 MRSM KUBANG PASU , Badan Wakil Pelajar dengan Kerjasama Muafakan MRSM Kubang Pasu telah menjalan dana kutipan pertukaran Karpet surau dan Fasiliti surau . ( Rujuk Berita Sebelum ini )

Sebentar tadi Badan muafakat MRSM Kubang Pasu melalui laman sosial Facebooknya https://www.facebook.com/MuafakatMrsmKubangPasu telah mengeluarkan satu lagi promosi iaitu DANA PEMBESARAN SURAU MRSM KUBANG PASU .

"Bersama kita berinfaq untuk projek pembesaran Surau Al Ikhlas. Sumbangan boleh disalur terus ke akaun Bank Islam (akaun : 02039010064642)
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” Al-Baqarah, Ayat 261"




Untuk maklumat juga , Akaun Bank Muafakat MRSM Kubang Pasu juga telah dikemas kini dengan no akaun yang baru atas nama " Dana Muafakat MRSM Kubang Pasu ". Akaun tersebut masih mengguna Bank yang sama iaitu Bank Islam 02039010064642

Saturday 3 January 2015

Assalamualaikum ,

Kepada semua pelajar , MRSM KUBANG PASU . Berikut adalah maklumat mengenai Jadual OUTING DAN PULANG BERMALAM , yang telah dikeluarkan oleh pihak pentadbiran melalui laman web MRSM KUBANG PASU .

Klik Pada GAMBAR untuk membaca selanjutnya

 JADUAL

-> Jadual Dalam bentuk FAIL berformat PDF



Monday 29 December 2014

30 Disember - Berikutan banjir teruk yang melandang hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia , Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui menterinya YAB Dato'Seri Muhyidin dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menangguhkan semua sesi pengajian 2015 kepada seminggu lebih lama.



Bagi MRSM KUBANG PASU , Jadual asal pendaftaran yang diedarkan dijadualkan pada 31 Disember 2014 , ditunda kepada 13 Januari 2015 (Selasa) .

"Pn Nik telah maklum dan sahkan baru menerima warta dari Bhg Komunikasi MARA bahawa semua MRSM termasuk Kubang Pasu menerima Pendaftaran pelajar sessi 2015 pada 12-JAN-2015 Isnin. Kelas bermula 13-Jan-15. Setakat saat ini pernyataan ini adalah digunakan. Semoga tiada perubahan luar jangkaan.Hati-hati dijalanraya dan pandu dengan selamat dan berhemah. Sekian. Terima kasih Salam hormat," - Dr Asri Abdul Aziz (YDP MRSM Kubang Pasu)

Daripada keputusan ini , itu bermakna Program tranformasi Pelajar seperti dijadualkan turut ditangguhkan .


"Segala kesulitan waris adalah amat dikesali kerana perubahan tersebut.
Tarikh baru adalah tertakluk pada arahan dari Bhg Pelajaran Menengah MARA. InsyaAllah pihak AJK MUAFAKAT akan maklumkan segera melalui FB MUAFAKAT MRSM KUBANG PASU " - Dr Asri Abdul Aziz (YDP MRSM Kubang Pasu)

Maklumat selanjutnya adalah seperit berikut

Tarikh persekolahan MRSM akan bermula pada hari Selasa 13 Jan 2015.
Pendaftaran pelajar ke maktab/ masuk ke asrama pada Isnin 12 Jan 2015




Klik gambar untuk lebih jelas

29 Disember - Kenyataan media yang dikeluarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan media berikutan benjana banjir yang berlaku dibeberapa buah tempat di seluruh negara , Tarikh kemasukan ke Sekolah sesi 2015 ditangguh selama seminggu . Kenyataan ini juga untuk semua sekolah diseluruh Malaysia termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seleruh Malaysia .

Berikutan kenyataan ini , Bahagian Pendidikan Menengah MARA menetepkan tarikh untuk Pendaftaran seluruh MRSM seluruh Malaysia ditangguhkan kepada 13 Januari 2015 . Diharapkan menerusi kenyataan ini , diharapkan semua waris dan ibu-bapa tidak lagi risau mengenai isu ini .

Thursday 25 December 2014

26 Dis -

Banjir yang berlaku di seluruh Malaysia pada ketika ini menjadi topik hangat yang sangat mendapat tempat dihati masyarat . Antara negeri terjejas akibat banjir ialah , KELANTAN , TERENGGANU , PAHANG , PERLIS dan KEDAH . Banjir ini juga mengakibatkan terjejasnya jadual asal kemasukan ke  Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) . Semalam melalui media WEBMARA di www.mara.gov.my. mengeluarkan kenyataan akhbar menangguhkan pengajian dari tarikh asal 4-5 hari bulan Januari sehingga kesemuanya pulih seperti sedia kata yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berikutan bencana tersebut , Sangat diharapkan agar semua pihak termasuk Kerajaan atau badan bukan Kerajaan (NGO) untuk sama-sama turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas banjir .

Banjir terut mengakibatkan beberapa buah MRSM turut mengalami nasib yang sama . Berikut adalah gambar MRSM yang terlibat dengan musibah bencana Banjir yang telah menjadi "VIRAL"
dimedia Sosial

Pusat Kecemerlangan Pelajar (PUSKEP) Lenggong

Gambar -gambar dan info-info banjir MRSM ini dikongsikan melalui laman sosial facebook oleh pengguna-pengguna facebook MRSM Semalaysia melalui hastag #infobanjir #infobanjirMRSM dan turut dikongsi melalui laman group di facebook "MJSCIAN"


MRSM KUALA KRAI


- MEDIA BWP MRSM KUBANG PASU

Merujuk kepada maklumat atau kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat , ( MARA ) melalui portal rasminya di www.mara.gov.my dan laman sosial facebook rasmi MARA .

Kenyataan adalah seperti berikut :

Klik pada Gambar untuk keterangan Rasmi Pihak MARA


Keterangan juga adalah seperti beikut : 

KENYATAAN MEDIA
PENANGGUHAN KEMASUKAN BAGI SESI PENGAJIAN JANUARI 2015 INSTITUSI
PENDIDIKAN MARA YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR

Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuat kenyataan :

Berikutan situasi banjir yang semakin serius , MARA menangguhkan kemasukan pelajar-pelajar bagi sesi pengajian Januari 2015 kesemua institusi-institusi pengajian di bawah MARA yang terjejas sehingga keadaan pulih seperti sedia kala , Institusi-institusi di bawah MARA adalahseperti berikut ; Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), GIATMARA , Institut Kemahiran MARA ( IKM ), Kolej Kemahiran Tinggi MARA ( KKTM ),Koley POLY-tech MARA (KPTM) , Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej MARA (KM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) , Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui media , Portan MARA www.mara.gov.my dan laman sosial facebook MARA.


Tuesday 2 December 2014

Assalamualaikum ,

Badan wakil pelajar MRSM KUBANG PASU dengan Kerjasama Muafakat MRSM KUBANG PASU dalam usaha mengumpul dana untuk menukar karpet surau dan fasiliti-fasiliti surau yang lain .



Pihak Badan Wakil Pelajar dengan kerjasama Muafakat MRSM Kubang Pasu memohon jasa baik pencinta syurga ilahi untuk menderma bagi mengumpul dana sebanyak RM 20,000 ( Dua Puluh Ribu Sahaja). Anggaran penggunaan kos adalah seperti berikut.

PERKARA
ANGGARAN KOS
Karpet Surau
RM 17,000
Pertukaran PA Sistem Surau
RM 2,000
Lain-Lain Fasiliti
RM 1,000
JUMLAH
RM 20,000

dikesempatan itu kami sekali lagi memohon jasa baik Pencinta Syurga semua membuat sumbangan bagi kami merealisasikan hasrat yang pelajar sendiri mahukan agar mereka mendapat keselesaan maksimum ketika beribadah

Sumbangan Boleh Dibuat melalui 3 cara :

  • Cek atas nama , Muafakat MRSM Kubang Pasu 
  • Terus ke akaun bank (Bank Islam- Muafakat MRSM Kubang Pasu) di nombor akaun : 02039010047841
  • Terus secara tunai kepada mana-mana Badan Wakil Pelajar , MRSM Kubang Pasu
Maklumat Lanjut Boleh menghubungi:

Muhd Shazwi , Exco Agama dan Badan Dakwah , MRSM Kubang Pasu di Talian 
0195531646